XBA1019 / Peti Surat 1266, 89008 Keningau Sabah (Tel/Fax: 087-334494)

Selamat datang ke Portal SK.Kg.Keningau -semoga anda mendapat sedikit info di sini...

Latest topics

» Gambar Pembinaan Bangunan Sekolah
by Admin Fri May 06, 2022 10:21 pm

» Lokasi Sekolah SK Kg Keningau
by Admin Sat Apr 02, 2022 12:22 pm

» Pelan Bangunan Sekolah
by Admin Sat Apr 02, 2022 12:20 pm

» Kakitangan Bukan Mengajar SK.Kg.Keningau
by Admin Sat Apr 02, 2022 12:12 pm

» Guru-Guru Yang Telah Pindah Sekolah
by Admin Sat Apr 02, 2022 11:54 am

» Gambar Guru-Guru
by Admin Sat Apr 02, 2022 10:52 am

» MENGECAT SEMULA BESI PEMEGANG TANGGA SEKOLAH -1/4/2022 Jumaat 230pm
by Admin Sat Apr 02, 2022 9:26 am

» TAKLIMAT PEMANTAPAN KUALITI PDPC GURU (22/4/2021)
by Admin Fri May 14, 2021 7:09 pm

» PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 (2021)
by Admin Mon Jan 25, 2021 9:52 am

» MESEJ GURU BESAR
by Admin Sat Oct 03, 2020 8:55 pm


    SEJARAH SEKOLAH SK KG KENINGAU

    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 76
    Join date : 2019-11-30

    SEJARAH SEKOLAH SK KG KENINGAU Empty SEJARAH SEKOLAH SK KG KENINGAU

    Post by Admin Sat Oct 03, 2020 8:50 pm

    LATAR BELAKANG AWAL SEKOLAH

        Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1961 yang dikenali sebagai Native Voluntary School (NVS). Sekolah ini dibina di sebuah kawasan dalam anggaran lebih kurang 3 ekar di bawah kelolaan penduduk kampung Keningau. Encik Alip Bin Jubang merupakan guru besar pertama di sekolah ini. Beliau adalah anak jati penduduk kampung ini.

        Dalam tahun 1963, NVS telah diambilalih oleh Kerajaan Negeri Sabah dan sekolah ini dinamakan Government Primary School (GPS) sehingga tahun 1966. Dalam tahun yang sama, nama sekolah ini dituKarkan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Keningau. Sekolah ini bertaraf Gred C. Memandangkan ketika itu bilangan murid dan tenaga pengajar adalah tidak ramai. Kemudahan fizikal yang dimiliki oleh sekolah ini hanyalah dua buah bangunan yang memuatkan empat buah bilik darjah dan sebuah rumah guru.

        Pada tahun 1991 , iaitu bersamaan tarikh 28 Mac, merupakan tarikh bersejarah sekolah ini. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Daerah Keningau mengambil alih sekolah ini. Nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau. Bangunan tambahan untuk dijadikan kelas sebanyak dua blok dan buah bangunan rumah guru yang terdiri daripada 4 unit telah dibina pada tahun tersebut.


    LATAR BELAKANG SEKOLAH SEKARANG


        Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau telah banyak mengalami perubahan dari segi gred, bilangan murid , bilangan tenaga pengajar, kemudahan fizikal, landskap dan prasarana. Kini sekolah ini bertaraf Gred A dengan pertambahan bilangan murid-murid yang menggalakkan sama ada dari kampung ini atau dari luar kawasan kampung Keningau. Latar belakang murid-murid di sekolah ini majoritinya adalah suku kaum Dusun dan Murut, selebihnya bangsa lain seperti Kenyah, Iban, Bugis, Timor Filipina , Cina dan melayu dalam lingkungan 20 peratus. Bagi tahun 2000 jumlah keseluruhan murid-murid adalah seramai 300 orang dan pada tahun 2011 bilangan murid mencapai 402 orang.
       
        Peratusan murid mengikut agama pula, murid-murid yang beragama islam adalah 40 peratus manakala 60 peratus lagi adalah murid-murid beragama kristian. Sekolah ini dijalankan secara dua sesi mulai tahun 1995 sehingga tahun 2009 disebabkan pertambahan bilangan murid. Waktu persekolahan bagi Tahap 1 dijalankan pada sesi petang dan Tahap 2 dijalankan pada sesi pagi. Pada sesi pagi terdapat enam kelas (Tahun 4, 5 dan 6) dan pada sesi petang juga terdapat enam buah kelas (Tahun 1, 2, dan 3). Kelas-kelas ini dibahagikan mengikut tahap pencapaian murid-murid yang menguasai kemahiran 3M. Mulai tahun 2010 Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau telah mengalami perubahan dari segi fizikal apabila bangunan sekolah yang baharu telah siap dimana bangunan sekolah baharu ini mempunyai kelengkapan yang cukup untuk semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran, oleh sebab itu mulai tahun 2010 sekolah ini dijalankan pada sesi pagi sahaja. Ini lebih memudahkan dari segi pengurusan dan pentadbiran sekolah.

        Dari segi bilangan guru telah bertambah mengikut bilangan murid. Bagi tahun 2000, bilangan guru-guru di sekolah ini adalah seramai 22 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Dusun, Murut, Melayu, Brunei dan cina. Sekolah ini juga mendapat khidmat seorang pengawai penolong pentadbir dan dua orang pembantu am rendah. Selain daripada itu sekolah ini juga mendapat khidmat guru-guru akademik mengikut opsyen seperti guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang sememangnya sangat diperlukan bagi sebuah sekolah yang terletak di pinggir bandar. Pada tahun 2003 sehingga sekarang sekolah ini telah menerima seramai 30 orang guru termasuk pentadbir sekolah dan dua orang pembantu Tadbir.

        Dari segi kemudahan fizikal dan prasarana di sekolah ini  setelah ,mempunyai bangunan baru 4 tingkat yang terdiri daripada 3 Blok iaitu Blok Pentadbiran, Blok Pengajaran dan Pembelajaran dan Blok Kantin sekolah.  Blok Pengajaran dan Pembelajaran dilengkapi dengan 12 kelas, kelas Pendidikan Muzik, Kelas Pendidikan Agama Islam, Bilik Stok Pinjamin Buku Teks,  , Bilik Pusat Akses ICT, Kelas Pemulihan Khas, Makmal Sains , Dewan Mini dan sebagainya. Blok Pentadbiran dilengkapai dengan Pejabat Am, Bilik Pentadbir Sekolah ,Bilik Gerakan m  Bilik Guru dan Bilik Pusat Sumber Sekolah. Setiap Blok dan aras dilengkapi dengan kemudahan Tandas yang selesa. Blok Kantin Sekolah dilengkapi dengan dewan kantin yang luas dan selesa. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan Dewan Sekolah, padang sekolah dan ruang letak kereta.

    PENGASAS SEKOLAH

        Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau ,Sabah telah diasaskan oleh Encik Alip Bin Jubang pada tahun 1961. Beliau dilahirkan pada tahun 1940 di Kampung Keningau, Sabah. Mendapat pendidikan awal di Government Primary School (GPS) dan seterusnya di peringkat menengah di sekolah Inggeris St. Francis Xavier School Keningau,. Beliau diterima menjadi Guru Pelatih pada tahun 1961. Sekolah pertama tempat beliau bertuga adalah di NVS Kampung Keningau, Sabah.
        Beliau telah menyumbangkan khidmat bakti dan berkecimpung dalam bidang pendidikan lebih dari 30 tahun sehingga beliau bersara pada yahun 1995. Beliau pernah bertugas di beberapa buah sekolah di daerah Keningau dengan memegang jawatan sebagai Guru Besar. Setelah bersara beliau dilantik sebagai Ketua Kampung , Kampung Samalang sehingga kini.
    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 76
    Join date : 2019-11-30

    SEJARAH SEKOLAH SK KG KENINGAU Empty Re: SEJARAH SEKOLAH SK KG KENINGAU

    Post by Admin Sat Oct 03, 2020 8:52 pm

    SEJARAH SEKOLAH SK KG KENINGAU 2020-108

      Current date/time is Thu May 09, 2024 8:00 am